Monday, 7 October 2013

Sarawak vs Pahang

Assalamualaikum

Ketemu lagi 


File:Sarawak FA Train.jpg
Pasukan Sarawak.  Gambar diambil dari Wikipedia Bahasa Melayu




Kita cakap lagi tentang bolasepak. Maklumlah sekarang ini demam bolasepak.  Dimana-mana orang bercakap tentang bolasepak, tidak berkecuali di Sarawak ni.  Lebih-lebih lagi selepas kemenangan ke atas Sime Darby pada 5 Oktober 2013. Rakyat berbangga dengan pasukan Sarawak yang terus mara.

29 Oktober 2013 Sarawak akan berkunjung ke Pahang Darul Makmur untuk meneruskan perjuangan separuh akhir.


Berikut adalah jadual dan carta bagi saingan separuh akhir Watsons Piala Malaysia 2013

Pasukan 1

Agg

Pasukan 2

1st leg

2nd leg

Sarawak suku akhir sarawak jadual keputusan separuh akhir 1 dan 2 piala malaysia 2013


suku akhir pahang jadual keputusan separuh akhir 1 dan 2 piala malaysia 2013 Pahang

  18 Oktober

25 Oktober

ATM       suku akhir atm jadual keputusan separuh akhir 1 dan 2 piala malaysia 2013

 –

 suku akhir kelantan jadual keputusan separuh akhir 1 dan 2 piala malaysia 2013 PKNS FC

   19 Oktober

26 Oktober


My Sumber - http://www.mysumber.com/bola/jadual-keputusan-separuh-akhir-1-dan-2-piala-malaysia-2013



Harapan peminat Sarawak terus cemerlang .

Ayuh Sarawak Agi idup agi ngelaban


Sunday, 6 October 2013

Nyap Sayot mara ke separuh akhir

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,, akhirnya Sarawak mara  ke separuh akhir apabila berjaya kalahkan pasukan Sime Darby baru-baru ini dengan jaringan 3 berbalas 1.   26 Oktober bakal bertemu pasukan Pahang dan diharap akan terus mara ke persaingan seterusnya.

Ayuh, Sarawak kembalikan kegemilanganmu.  Tutupkan suara-suara nakal dengan kemenangan yang bergaya. Buktikan yang Sarawak pun boleh dan bukan pasukan yang boleh dipandang ringan. Jangan leka dengan kemenangan semalam. Kemenangan semalam bukan jaminan untuk menang seterusnya.  Fokus pada perlawanan seterusnya kerana pasukan lawan bukanlah calang-calang pasukan. Seluruh rakyat Sarawak akan setia di balakang anda semua.  Agi idup agi ngelabang.

Tutupkan tahun 2013 dengan kemenangan yang cemerlang,

Kepada penyokong Sarawak, berilah sokongan anda yang jitu kepada Sarawak dan janganlah melakukan sesuatu yang di luar batasan sehingga memalukan Sarawak.  Walaupun kemenangan yang kita perlukan tetapi kita mesti bersedia menerima jika berlaku sebaliknya.  Bola itu bulat.  Sesiapa saja boleh menang dan setiap pertandingan pasti ada menang dan kalah.  Jadilah penyokong yang profesional dan berhemah.

Diharap tidak akan berlaku insiden yang tidak diingini.




Saturday, 5 October 2013

Semangat nyap sayot membara lagi

Slogan Nyap Sayot kembali menjadi sebutan di bumi kenyalang.

Jeritan Nyap Sayot kembali mengegar satdium Negeri Sarawak setiap pasukan Sarawak beraksi..

Ingat tak Nyap Sayot?

Hmmm ingat tak dengan  Awang Mahyan bin  Awang Mohammad, beliaulah yg mencetuskan slogan nyap sayo.

Beliau  merupakan jurulatih pasukan bola sepak sarawak pada tahun 1980-1990.

Beliau  menjadikan pasukan sarawak antara pasukan digeruni pada ketika itu,,

Setelah 23 tahun berlaku,  jeritan nyap sayot kembali memenuhi stadium negeri sarawak.

Sekarang pasukan sarawak kembali menyinar dengan kemenangan terbaru untuk masuk ke suku akhir piala malaysia 2013.  Tahniah Sarawak teruskan kecemerlangan anda

Sunday, 26 May 2013

Berjumpa lagi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama penulis tak antar  entry... bukan tak ada berita cuma keadaan tidak mengizinkan

Kini penulis cuba aktif kembali... dulu pun tak aktif sangat

Penulis akan cuba baiki kelemahan diri dalam bidang blog ni.   Bila penulis tengok blog orang lain,, terasa diri jauh terbelakang. Tu sebabnya kadang-kadang penulis putus asa pun ada, tapi bila fikir balik, penulis cuba perlu lipatgandakan lagi usaha dalam mendalami ilmu dalam blog.

Sebenarnya sebelum ini pun penulis ada cuba untuk mengaplikasikan yang penulis pelajari dalam meningkatkan traffic dan sebagainya tapi nampaknya masih belum boleh diaplikasi kerana kejahilan dalam dunia blog.

Allahukbar.....


Monday, 3 September 2012

Santai-santai Ramadhan


Assalamualaikum

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang baru saja berlalu.pihak Sukarelawan Jabatan kebajikan Sri Aman telah mengadakan program santai-santai Ramadhan.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan iaitu memasak bubur pedas kemudian diagihkan kepada orang miskin, klien jabatan dan masyarakat kampung yang berhampiran.. Acara selingan iaitu  kempen keahlian sukarelawan, kuiz Ramdahan  dan juga nama bertuah.

Yang menariknya, Timbalan Residen Pembangunan Sri Aman telah mengisi borang untuk menjadi ahli sukarelawan jabatan.  Ini tanda sokongan beliau. Terima kaish.

Harap-haraplah lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang lain boleh kita anjurkan bersama.

 Jom   kita  layan gambar-gambar  telah diambil

Antara bahan sayuran yang digunakan dalam resipi ini

Pendaftarn penerima sumbangan

Sukarelawan mencuci sayur-sayuran

Timbalan Residen Sri Aman mengisi borang keahlian sukarelawan

Penyampaian bubur pedas


Timbalan Residen sedang menyampaikan amanat
Pengagiah bubur pedas

Monday, 6 August 2012

Program sejambak kasih

Assalamualaikum

Seperti tahun-tahun sebelum  ini Jabatan Kebajikan mengadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya untuk penerima bantuan jabatan.

Cuma tahun ini program dijenama semula dengan nama Sejambak kasih.  Jom  kita layan gambar-gambar yang telah diambil


Ciptaan asli kakitangan Jabatan Kebajikan Sri Aman.  Tahniah. Boleh tahan.



Persembahan koir oleh kanak-kanak dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kpg Hilir.  Tahniah kerana mampu memikat penonton. Ada harapan dijemput oleh agensi lain.

YB Menteri Muda Kebajikan bersedia untuk menyampaikan sumbangan

Sebahagian klien wanita yang hadir.  Sedang meneliti aturcara program.  Ada nama kitak.  Jangan bimbang. kak.




Sebahagian klien wanita yang hadir. Tekun mendengar amanat dari YB Menteri Muda


Sebahagian klien lelaki yang hadir.  Relax jak duduk menunggu giliran nama dipanggil .  Sabar...

Beg kuning yang berisikan bahan masakan seperti cornflake, tepung dan lain-lain untuk klien wanita
Beg hijau yang berisikan alat kebun untuk klien lelaki




OKU yang turut menerima sumbangan.  Harap beliau dapat mendapat manafaat sumbangan yang diberikan.

Tanda penghargaan untuk YB Robert Lawson Chuat ak Vinecent  Menteri Muda kebajikan Sarawak

Bergambar kenaangan bersama YB Menteri Muda Kebajikan dan lain-lain VIP

Majlil tahlil untuk arwah



Assalamualaikum

Hari ini dah masuk hari 32 abah kembali kerahmatullah.  Atas permintaan keluarga majlis tahlil diadakan selama 7 hari berturut-turut dan hari ke 20.

Setelah mendapat pandangan beberapa pihak dan hasil research dalam goggle, didapati Imam Syafie rahimahullah telah mengharamkan majlis tahlil  


Petikan dari goggle:


Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.

Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ

“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.

“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”

 Waallahuallam