Monday, 6 August 2012

Program sejambak kasih

Assalamualaikum

Seperti tahun-tahun sebelum  ini Jabatan Kebajikan mengadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya untuk penerima bantuan jabatan.

Cuma tahun ini program dijenama semula dengan nama Sejambak kasih.  Jom  kita layan gambar-gambar yang telah diambil


Ciptaan asli kakitangan Jabatan Kebajikan Sri Aman.  Tahniah. Boleh tahan.



Persembahan koir oleh kanak-kanak dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kpg Hilir.  Tahniah kerana mampu memikat penonton. Ada harapan dijemput oleh agensi lain.

YB Menteri Muda Kebajikan bersedia untuk menyampaikan sumbangan

Sebahagian klien wanita yang hadir.  Sedang meneliti aturcara program.  Ada nama kitak.  Jangan bimbang. kak.




Sebahagian klien wanita yang hadir. Tekun mendengar amanat dari YB Menteri Muda


Sebahagian klien lelaki yang hadir.  Relax jak duduk menunggu giliran nama dipanggil .  Sabar...

Beg kuning yang berisikan bahan masakan seperti cornflake, tepung dan lain-lain untuk klien wanita
Beg hijau yang berisikan alat kebun untuk klien lelaki




OKU yang turut menerima sumbangan.  Harap beliau dapat mendapat manafaat sumbangan yang diberikan.

Tanda penghargaan untuk YB Robert Lawson Chuat ak Vinecent  Menteri Muda kebajikan Sarawak

Bergambar kenaangan bersama YB Menteri Muda Kebajikan dan lain-lain VIP

Majlil tahlil untuk arwah



Assalamualaikum

Hari ini dah masuk hari 32 abah kembali kerahmatullah.  Atas permintaan keluarga majlis tahlil diadakan selama 7 hari berturut-turut dan hari ke 20.

Setelah mendapat pandangan beberapa pihak dan hasil research dalam goggle, didapati Imam Syafie rahimahullah telah mengharamkan majlis tahlil  


Petikan dari goggle:


Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.

Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ

“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.

“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”

 Waallahuallam

Sunday, 5 August 2012

Begitulah ketentuan Allah

Assalamualiakum

Setelah berapa hari berada di hosptial doktor mengesahkan yang abah menghadapi kegagalan kedua-dua buah pinggang..    Selain dari itu Abah juga disahkan mengalami masalah paru-paru berair. Subhanallah. Nampaknya semakin lama abah berada di hospital semakin bertambah penyakit. Kata ahli keluarga, sememangnya bila berada di hospital macam-macam panyakit dikesan oleh doktor.

Setakat ini sudah 5 penyakit abah dikenalpasti  oleh doktor dalam  usia 80 tahun, iaitu darah tinggi, asma, kencing manis, buah pinggang dan paru-paru berair. Ada satu ketika keadaan abah membimbangkan sehingga abah diletak di tempat yang berdekatan dengan jururawat.   Bagaimanapun keesokan harinya keadaan abah bertambah baik dan kemudian abah dipindahkan ke tempat lain.  Perpindahan katil bereti keadaan abah bertamabh baik dan cuma perhatian minima dari jururawat.  Selera makan tidak pernah surut. Selepas itu abah terus menunjukkan kemajuan,  Bak kata beberapa orang ahli keluarga melawat memberitahu yang wajah abah ceria dan tidak menunjukkan seperti orang sakit.  Alhamdulillah sejuk hati mendengarnya.

Doktor memberitahu abah perlu menjalani rawatan dialysis. Penulis dinasihat untuk merujuk abah ke Hospital Pakar Normah, Kuching.   Setelah berbincang dan pemeriksaan oleh doktor berkenaan, didapati abah tidak berapa sihat untuk menjalani pembedahan AVF bagi sebelum rawatan dialysis dilakukan. Dan abah sendiri tidak mahu menjalani pembedahan tersebut.  
Pada penghujung Disember 2011, abah dibenarkan keluar dari hospital. Sepanjang berada di rumah emaklah yang banyak mengurus abah.  Ini kerana penulis sendiri berada di luar Kuching untuk mencari rezeki. Kami tidak tinggal bersama sejak April 2011.  Abah dan emak tinggal dengan kakak,  tetapi kakak juga bekerja, apatah lagi kini suaminya juga menghidapi sakit leukemia yang turut mendapat rawatan dari hospital secara berkala.  Jadi emaklah yang sepenuhnya mengurus abah yang sudah tidak boleh mengurus diri sendiri.  Kasihan emak.  Tapi apakan daya.  Permohonan penulis untuk bertukar belum diluluskan.  Cuma penulis menyewa Van untuk membawa abah setiap kali abah ada temu janji dengan doktor.  Selain dari itu penulis akan memohon bercuti untuk membawa abah mendapat rawatan dari doktor pakar. Ini sekurang-kurang tidak menyusahkan orang lain.

Pada bulan 17 Jun 2012, abah sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana diserang asma.  Jam 3 pagi hari Ahad abah dikejarkan ke hospital.  Nasib baik penulis masih di rumah. Dan akhirnya abah ditahan di hospital selama 4 hari.  Doktor memberitahu yang abah perlukan menjalani pembedahan kecil di perut bagi membolehkan rawatan mencuci buah pinggang kerana buah pinggang sudah tahap kronik.  Jika tidak nyawa abah dalam bahaya.  Setelah berbincang adik beradik demi memikirkan risiko berbedah dalam usia yang lanjut turut yang membahayakan nyawa abah akhir kata muktamat diambil,  kami adik beradik tidak bersetuju abah menjalani pembedahan yang turut mendapatkan risiko. 

Seorang pesakit yang berdekatan katil abah yang baru berusia 60an telah menjalani pembedahan yang sama.  Melihat keadaan beliau, penulis merasakan keputusan kami ambil tepat.  Pesakit berkenaan merasa kesal kerana menjalani pembedahan tersebut. Ini kerana rawatan tersebut telah menyebabkan kakinya bengkak dan akhirnya doktor turut mencadangkan agar kakinya dipotong jika mahu nyawanya selamat. 

Semasa di hospital, abah diberi latihan terapi, bergerak dari katil ke kerusi roda.  Doktor tidak banyak beri komen dengan keadaan abah.  Ada ketika abah tidur memanjang. Sukar dikejutkan. Walaupun diangkat dari kerusi roda ke katil. Mata abah tetap tutup.  Selepas 4 hari berada di hospital, abah akhirnya dibenarkan balik. 

Setelah berada di rumah terdapat perubahan pada diri abah.  Abah hanya diam saja, merenung ke arah satu tempat.  Kalau sebelum ini abah sering memanggil nama penulis dan emak, tapi kini tidak lagi.  Makan pun kurang.  Adakah ini tandanya????  mata layu... Abah....Tidak ditanya tidak ada respon...Melihat keadaan abah seperti ini membuat emak binggung lebih-lebih lagi memikirkan yang penulis akan balik ke tempat kerja....akhirnya pada 5 Julai 2012, Allah telah menentukan masa untuk abah kembali kepadaNYA telah tiba.

Pd subuh Khamis 5 Julai 2012 bersamaa 15 Syaaban 1433 (Nisfu Syaaban)emak perasan akan perubahan abah terus memanggil penulis.  Penulis terus mengumpul semua ahli keluarga terutama adik beradik.  Kami berkumpul dan membaca surah Yassin secara bergilir-gilir.

Begitulah ketentuan dan  janji Allah kita yang hidup..pasti akan mati..pasti..itu janji ALLAH..

Allah Subhanahu Wa Ta'aala berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati-pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”
(QS. An-Nisa : 78)
 
Jam 6.43 petang abah yang kami kasihi telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan emak dan kami adik beradik. 
 
Sebagai manusia biasa, penulis tidak dapat lari perasaan sedih dan menangis ketika diberitahu abah telah tiada. 

Daripada riwayat  Anas berkata, "Kami masuk bersama Nabi Muhammad SAW menemui Abu Saif Al-Qain, suami wanita yang mneyusui Ibrahim.  Rasullah mengambil Ibrahim dan menciumnya.  Selepas itu kami masuk dengan Baginda dan ketika Ibrahim menghembuskan nafas terakhir dengan tenang, aku melihat Rasulullah mula mencucurkan air mata. 

Tatkala itu juga, Abdul Rahman bin 'Auf bertanya kepada Baginda "Engkau menangis wahai Rsusulullah!". baginda menjawan. " Wahai putera 'Auf, sesungguhnay air mati itu sebagai tanda rahmat(kasih sayang)". Kemudian air mata Rasulullah terus bercucuran. Tambah baginda, "Sesungguhnya mata mencucurkan air mata dan hati pun sedih dan kami hanya mengatakan apa yang diredhai olehTuhan kami.  Dami sesungguhnya kami sedih kerana berpisha dengan mu wahai Ibarahim. (Hadis Riwayat al- Bukhari)