Assalamualaikum
Hari ini dah masuk hari 32 abah kembali kerahmatullah. Atas permintaan keluarga majlis tahlil diadakan selama 7 hari berturut-turut dan hari ke 20.
Setelah mendapat pandangan beberapa pihak dan hasil research dalam goggle, didapati Imam Syafie rahimahullah telah mengharamkan majlis tahlil
Petikan dari goggle:
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai
dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan
sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat
puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik
kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang
mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa
terdapat banyak
fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari
kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan
perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman
Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas
sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:
وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث
وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama
kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga
membawa makanan ke kuburan”.
Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang
berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis
sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan
untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang
datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa
Imam Syafie:
وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا
لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا
يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.
“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan
makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga
mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”
Waallahuallam