Monday 3 September 2012

Santai-santai Ramadhan


Assalamualaikum

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang baru saja berlalu.pihak Sukarelawan Jabatan kebajikan Sri Aman telah mengadakan program santai-santai Ramadhan.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan iaitu memasak bubur pedas kemudian diagihkan kepada orang miskin, klien jabatan dan masyarakat kampung yang berhampiran.. Acara selingan iaitu  kempen keahlian sukarelawan, kuiz Ramdahan  dan juga nama bertuah.

Yang menariknya, Timbalan Residen Pembangunan Sri Aman telah mengisi borang untuk menjadi ahli sukarelawan jabatan.  Ini tanda sokongan beliau. Terima kaish.

Harap-haraplah lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang lain boleh kita anjurkan bersama.

 Jom   kita  layan gambar-gambar  telah diambil

Antara bahan sayuran yang digunakan dalam resipi ini

Pendaftarn penerima sumbangan

Sukarelawan mencuci sayur-sayuran

Timbalan Residen Sri Aman mengisi borang keahlian sukarelawan

Penyampaian bubur pedas


Timbalan Residen sedang menyampaikan amanat
Pengagiah bubur pedas

Monday 6 August 2012

Program sejambak kasih

Assalamualaikum

Seperti tahun-tahun sebelum  ini Jabatan Kebajikan mengadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya untuk penerima bantuan jabatan.

Cuma tahun ini program dijenama semula dengan nama Sejambak kasih.  Jom  kita layan gambar-gambar yang telah diambil


Ciptaan asli kakitangan Jabatan Kebajikan Sri Aman.  Tahniah. Boleh tahan.



Persembahan koir oleh kanak-kanak dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kpg Hilir.  Tahniah kerana mampu memikat penonton. Ada harapan dijemput oleh agensi lain.

YB Menteri Muda Kebajikan bersedia untuk menyampaikan sumbangan

Sebahagian klien wanita yang hadir.  Sedang meneliti aturcara program.  Ada nama kitak.  Jangan bimbang. kak.




Sebahagian klien wanita yang hadir. Tekun mendengar amanat dari YB Menteri Muda


Sebahagian klien lelaki yang hadir.  Relax jak duduk menunggu giliran nama dipanggil .  Sabar...

Beg kuning yang berisikan bahan masakan seperti cornflake, tepung dan lain-lain untuk klien wanita
Beg hijau yang berisikan alat kebun untuk klien lelaki




OKU yang turut menerima sumbangan.  Harap beliau dapat mendapat manafaat sumbangan yang diberikan.

Tanda penghargaan untuk YB Robert Lawson Chuat ak Vinecent  Menteri Muda kebajikan Sarawak

Bergambar kenaangan bersama YB Menteri Muda Kebajikan dan lain-lain VIP

Majlil tahlil untuk arwah



Assalamualaikum

Hari ini dah masuk hari 32 abah kembali kerahmatullah.  Atas permintaan keluarga majlis tahlil diadakan selama 7 hari berturut-turut dan hari ke 20.

Setelah mendapat pandangan beberapa pihak dan hasil research dalam goggle, didapati Imam Syafie rahimahullah telah mengharamkan majlis tahlil  


Petikan dari goggle:


Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.

Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ

“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.

“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”

 Waallahuallam

Sunday 5 August 2012

Begitulah ketentuan Allah

Assalamualiakum

Setelah berapa hari berada di hosptial doktor mengesahkan yang abah menghadapi kegagalan kedua-dua buah pinggang..    Selain dari itu Abah juga disahkan mengalami masalah paru-paru berair. Subhanallah. Nampaknya semakin lama abah berada di hospital semakin bertambah penyakit. Kata ahli keluarga, sememangnya bila berada di hospital macam-macam panyakit dikesan oleh doktor.

Setakat ini sudah 5 penyakit abah dikenalpasti  oleh doktor dalam  usia 80 tahun, iaitu darah tinggi, asma, kencing manis, buah pinggang dan paru-paru berair. Ada satu ketika keadaan abah membimbangkan sehingga abah diletak di tempat yang berdekatan dengan jururawat.   Bagaimanapun keesokan harinya keadaan abah bertambah baik dan kemudian abah dipindahkan ke tempat lain.  Perpindahan katil bereti keadaan abah bertamabh baik dan cuma perhatian minima dari jururawat.  Selera makan tidak pernah surut. Selepas itu abah terus menunjukkan kemajuan,  Bak kata beberapa orang ahli keluarga melawat memberitahu yang wajah abah ceria dan tidak menunjukkan seperti orang sakit.  Alhamdulillah sejuk hati mendengarnya.

Doktor memberitahu abah perlu menjalani rawatan dialysis. Penulis dinasihat untuk merujuk abah ke Hospital Pakar Normah, Kuching.   Setelah berbincang dan pemeriksaan oleh doktor berkenaan, didapati abah tidak berapa sihat untuk menjalani pembedahan AVF bagi sebelum rawatan dialysis dilakukan. Dan abah sendiri tidak mahu menjalani pembedahan tersebut.  
Pada penghujung Disember 2011, abah dibenarkan keluar dari hospital. Sepanjang berada di rumah emaklah yang banyak mengurus abah.  Ini kerana penulis sendiri berada di luar Kuching untuk mencari rezeki. Kami tidak tinggal bersama sejak April 2011.  Abah dan emak tinggal dengan kakak,  tetapi kakak juga bekerja, apatah lagi kini suaminya juga menghidapi sakit leukemia yang turut mendapat rawatan dari hospital secara berkala.  Jadi emaklah yang sepenuhnya mengurus abah yang sudah tidak boleh mengurus diri sendiri.  Kasihan emak.  Tapi apakan daya.  Permohonan penulis untuk bertukar belum diluluskan.  Cuma penulis menyewa Van untuk membawa abah setiap kali abah ada temu janji dengan doktor.  Selain dari itu penulis akan memohon bercuti untuk membawa abah mendapat rawatan dari doktor pakar. Ini sekurang-kurang tidak menyusahkan orang lain.

Pada bulan 17 Jun 2012, abah sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana diserang asma.  Jam 3 pagi hari Ahad abah dikejarkan ke hospital.  Nasib baik penulis masih di rumah. Dan akhirnya abah ditahan di hospital selama 4 hari.  Doktor memberitahu yang abah perlukan menjalani pembedahan kecil di perut bagi membolehkan rawatan mencuci buah pinggang kerana buah pinggang sudah tahap kronik.  Jika tidak nyawa abah dalam bahaya.  Setelah berbincang adik beradik demi memikirkan risiko berbedah dalam usia yang lanjut turut yang membahayakan nyawa abah akhir kata muktamat diambil,  kami adik beradik tidak bersetuju abah menjalani pembedahan yang turut mendapatkan risiko. 

Seorang pesakit yang berdekatan katil abah yang baru berusia 60an telah menjalani pembedahan yang sama.  Melihat keadaan beliau, penulis merasakan keputusan kami ambil tepat.  Pesakit berkenaan merasa kesal kerana menjalani pembedahan tersebut. Ini kerana rawatan tersebut telah menyebabkan kakinya bengkak dan akhirnya doktor turut mencadangkan agar kakinya dipotong jika mahu nyawanya selamat. 

Semasa di hospital, abah diberi latihan terapi, bergerak dari katil ke kerusi roda.  Doktor tidak banyak beri komen dengan keadaan abah.  Ada ketika abah tidur memanjang. Sukar dikejutkan. Walaupun diangkat dari kerusi roda ke katil. Mata abah tetap tutup.  Selepas 4 hari berada di hospital, abah akhirnya dibenarkan balik. 

Setelah berada di rumah terdapat perubahan pada diri abah.  Abah hanya diam saja, merenung ke arah satu tempat.  Kalau sebelum ini abah sering memanggil nama penulis dan emak, tapi kini tidak lagi.  Makan pun kurang.  Adakah ini tandanya????  mata layu... Abah....Tidak ditanya tidak ada respon...Melihat keadaan abah seperti ini membuat emak binggung lebih-lebih lagi memikirkan yang penulis akan balik ke tempat kerja....akhirnya pada 5 Julai 2012, Allah telah menentukan masa untuk abah kembali kepadaNYA telah tiba.

Pd subuh Khamis 5 Julai 2012 bersamaa 15 Syaaban 1433 (Nisfu Syaaban)emak perasan akan perubahan abah terus memanggil penulis.  Penulis terus mengumpul semua ahli keluarga terutama adik beradik.  Kami berkumpul dan membaca surah Yassin secara bergilir-gilir.

Begitulah ketentuan dan  janji Allah kita yang hidup..pasti akan mati..pasti..itu janji ALLAH..

Allah Subhanahu Wa Ta'aala berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)

“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati-pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”
(QS. An-Nisa : 78)
 
Jam 6.43 petang abah yang kami kasihi telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan emak dan kami adik beradik. 
 
Sebagai manusia biasa, penulis tidak dapat lari perasaan sedih dan menangis ketika diberitahu abah telah tiada. 

Daripada riwayat  Anas berkata, "Kami masuk bersama Nabi Muhammad SAW menemui Abu Saif Al-Qain, suami wanita yang mneyusui Ibrahim.  Rasullah mengambil Ibrahim dan menciumnya.  Selepas itu kami masuk dengan Baginda dan ketika Ibrahim menghembuskan nafas terakhir dengan tenang, aku melihat Rasulullah mula mencucurkan air mata. 

Tatkala itu juga, Abdul Rahman bin 'Auf bertanya kepada Baginda "Engkau menangis wahai Rsusulullah!". baginda menjawan. " Wahai putera 'Auf, sesungguhnay air mati itu sebagai tanda rahmat(kasih sayang)". Kemudian air mata Rasulullah terus bercucuran. Tambah baginda, "Sesungguhnya mata mencucurkan air mata dan hati pun sedih dan kami hanya mengatakan apa yang diredhai olehTuhan kami.  Dami sesungguhnya kami sedih kerana berpisha dengan mu wahai Ibarahim. (Hadis Riwayat al- Bukhari)





 


 


 

Monday 30 July 2012

Ketabahan dalam menghadapi dugaan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?

Agak lama penulis menyepi. Sebelum ini penulis sibuk menjaga abah di Hospital.  Penulis telah bercuti selama 4 minggu bagi membolehkan penulis menjaga abah di hospital.  Tiada orang lain yang boleh menjalankan tugas ini. Setelah beberapa hari di rumah, abah yang kami kasihi telah kembali kerahmatullah pada 5 Julai 2012 bersamaan dengan 15 Syaaban 1433H. Al Fatehah.  Semuga rohnya di tempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Ketika ditimpa musibah sebegini barulah kita tau orang yang betul-betul boleh dijadikan kawan sejati.  Agak sukar untuk ditemui.

Nasihat Imam Syafie dalam bersahabat

Mencari Sahabat Di Waktu Susah
 
Belum pernahku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pada awalnya penulis sekeluarga hanya mengetahui yang beliau hanya menghidapi penyakit darah tinggi.  Inipun kerana ada temujanji berjadual dengan pakar perubaatan  Bagaimanapun pada  pertengahan 2009, barulah kami sekeluarga tahu yang beliau turut menghidapi asma, setelah kami menjumpai botol ubat asma dalam simpanan beliau.  Itupun beliau cuba menafikan.  Setelah berulang alik ke hospital, kami diberitahu oleh doktor yang beliau turut menghidapi penyakit kencing manis.  Bertambah lagi penyakit beliau.  Pada masa itu beliau masih boleh berjalan sendiri dan mengurus diri sendiri.  Cuma tidak sekuat dan segagah seperti sebelumnya.  Doktor telah merujuk beliau untuk mendapat nasihat dari pakar pemakanan.   Berbagai usaha memujuk beliau untuk berjumpa dengan pakar pemakanan, tetapi beliau tetap enggan.  Kami tahu yang beliau takut dan bimbang yang beliau akan dihadkan makanan.  Banyak makanan yang beliau suka dan minat akan dihentikan kerana tidak sesuai untuk pesakit kencing.  Belum berjumpa dengan pakar makanan kami telah memberi nasihat kepada beliau agar mengelak dari mengambil makanan yang tidak sihat untuk pesakit kencing manis. tapi beliau tetap dengan kegemarannya.

Pada hari mengundi bulan April 2010. kami sekeluarga pergi mengundi, Ketika hendak keluar dari kereta, kaki abah tidak boleh bergerak. Bermula dari hari itulah abah tidak berjalan seperti biasa, Kakinya kembang. Bermulalah detik abah menggunakan kerusi roda.   

Penghujung November 2011 abah dimasukkan ke hospital kerana asma.  Nasib baik dah cuti sekolah dapatlah khidmat anak saudara digunakan itupun perlu berpujuk dan diberi upah. Adik dan 2 orang anak saudara yang bergilir-gilir menjaga abah di hospital.  Sebenaranya menjaga abah di hospital tetap jadi isu. Penulis turut menjaga abah di hospital selain dari turun naik mengurus hal-hal lain.  nasib baik penulis pada waktu itu berkursus di Kuching, jadi tidak perlu memohon cuti.  Adik yang menjaga abah turut tidak sihat, kerana batuk yang berpanjangan.   Dengan keadaan kesihatan adik, sepatut beliau tidak boleh menjaga abah di hospital, tetapi kami tiada pilihan lain.  Penulis mengupah 2 orang anak saudara untuk menjaga abah secara giliran.

Penghujung Disember 2011,  dugaan Allah datang lagi.  Kali ini abang ipar penulis pula dimasukkan ke hospital.  Keadaan ini menyebabkan kedua-dua anak saudara tidak dapat menjaga abah di hospital kerana mereka perlu manjaga ayah mereka yang turut berada  di hospital, lagi pun salah seorang dari mereka telah mendapat pekerjaan sementara. Setelah berada di hospital abang ipar telah didiagnosis menghidap lekumia. MasyaAllah.  2 orang ahli keluarga berada di hospital.  

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Surah al-ankabut ayat 2-3]

Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. diantara Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214) seperti terjemahn di bawah:-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah


وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَى كُرْسِيِّهِ جَسَداً ثُمَّ أَنَابَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -
And verily We tried Solomon , and set upon his throne a ( mere ) body . Then did he repent .
Waallahualam



Tuesday 29 May 2012

Acara miring dalam masyarakat Iban

Assalamualaikum,



Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak iaitu kira2 40% daripada penduduk Sarawak.  Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi  masyarakat. Iban Gambar menunjukkan remaja Iban berpakaian tradisional semasa menyambut kedatangan wakil rakyat ke rumah panjang.


 
Miring merupakan adat yang masih diamalkan oleh masyarakat Iban.

Miring ialah upacara persembahan atau berdoa kepada tuhan(petara)bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman.  Kini adat miring diadakan sebagai acara sambutan  pemimipin yang datang berkunjung ke rumah panjang.









.

Friday 18 May 2012

Gawai Dayak, Kuih Jala



Assalamualaikum

I Jun pada setiap tahun hari yang ditunggu oleh setiap lapisan masyarakat di Sarawak.  Tahu kenapa?  Ha.. banyak sebabnya....

  1. Kerajaan telah mengistiharkan 1 dan 2 Jun cuti umum bagi Negeri Sarawak.  Tentu ramai yang suka .  Lebih-lebih lagi jika jatuh pada penghujung minggu. Seperti tahun ini.  1 Jun jatuh pada hari Jumaat. 2 Jun hari Sabtu dan dan ianya juga 'Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong' . 3 Jun hari Ahad.  Dan yang seronoknya dan banyak-banyak terima kasih kepada YAB Ketua Mneteri Sarawak kerana telah memberi cuti umum tambahan pada 4 Jun.  So we all bercuti panjang selama 4 hari hari... Yahoo... tentu seronokkan
  2. Selalunya sekolah pun bercuti.  Tahun ini cuti pertengahan tahun bermulakan   26.05.2012 – 10.6.2012 (16 Hari). Panjangkan.. Double seronokkan.  Ini lah peluang bawa anak-anak raon-raon, jalan-jalan, cuti-cuti
  3. Yang paling di tunggu oleh rakan-rakan kita berbangsa Dayak ialah hari tersebut merupakan perayaan rasmi bagi masyarakat Dayak iaitu Hari Gawai .  Mereka lagi seronok. Tripple seronok. 
So we all seronok bersebablah bila tiba bulan Jun.

Sarawak mempunyai 112 jenis suku Dayak. Gawai Dayak merupakan salah satu perayaan utama di Negeri Sarawak seperti dinyatakan di bawah....


"Gawai Day or Gawai Dayak is a festival celebrated in Sarawak on 1 June every year. It is both a religious and social occasion. The word Gawai means a ritual or festival whereas Dayak is a collective name for the native ethnic groups of Sarawak (and neighboring Indonesian Kalimantan): the Iban, also known as Sea Dayak and the Bidayuh people, also known as Land Dayak. Thus, Gawai Dayak literally means "Dayak Festival". Dayak would visit their friends and relatives on this day. Such visit is more commonly known as "ngabang" in the Iban language. Those too far away to visit would receive greeting cards.
It started back in 1957 in a radio forum held by Mr Ian Kingsley, a radio programme organiser. This generated a lot of interest among the Dayak community.
The mode of celebration varies from place to place. Preparation starts early. Tuak (rice wine) is brewed (at least one month before the celebration) and traditional delicacies like penganan (cakes from rice flour, sugar and coconut milk) are prepared. As the big day approaches, everyone will be busy with general cleaning and preparing food and cakes. On Gawai Eve, glutinous rice is steamed in bamboo (ngelulun pulut). In the longhouse, new mats will be laid out on the ruai (an open gallery which runs through the entire length of the longhouse). The walls of most bilik (rooms) and the ruai are decorated with Pua Kumbu (traditional blankets). A visit to clean the graveyard is also conducted and offerings offered to the dead. After the visit it is important to bathe before entering the longhouse to ward off bad luck.
The celebration starts on the evening of 31 May. In most Iban longhouses, it starts with a ceremony called Muai Antu Rua (to cast away the spirit of greed), signifying the non-interference of the spirit of bad luck in the celebration. Two children or men each dragging a chapan (winnowing basket) will pass each family's room. Every family will throw some unwanted article into the basket. The unwanted articles will be tossed to the ground from the end of the longhouse for the spirit of bad luck.
Around 6 pm or as the sun sets, miring (offering ceremony) will take place. Before the ceremony, gendang rayah (ritual music) is performed. The Feast Chief thanks the gods for the good harvest, and asks for guidance, blessings and long life as he waves a cockerel over the offerings. He then sacrifices the cockerel and a little blood is used together with the offerings.
Once the offering ceremony is done, dinner is then served at the ruai. Just before midnight, a procession up and down the ruai seven times called Ngalu Petara (welcoming the spirit gods) is performed. During this procession, a beauty pageant to choose the festival's queen and king (Kumang & Keling Gawai) is sometimes conducted. Meanwhile, drinks, traditional cakes and delicacies are served.
At midnight, the gong is beaten to call the celebrants to attention. The longhouse Chief (tuai rumah) or Festival Chief will lead everyone to drink the Ai Pengayu (normally tuak for long life) and at the same time wish each other "gayu-guru, gerai-nyamai" (long life, health and prosperity). The celebration now turns merrier and less formal. Some will dance to the traditional music played, others will sing the pantun (poems). In urban areas, Dayaks will organise gatherings at community centres or restaurants to celebrate the evening.
Other activities that may follow the next few days include: cock-fighting matches, and blowpipe and ngajat competitions. On this day, 1 June, homes of the Dayaks are opened to visitors and guests.
Traditionally, when guests arrive at a longhouse, they are given the ai tiki as a welcome. From time to time, guests are served tuak. This would be called nyibur temuai which literally means "watering of guests".
Christian Dayaks normally attend a church mass service to thank God for the good harvest.
Gawai Dayak celebrations may last for several days. It is also during this time of year that many Dayak weddings take place, as it is one of the rare occasions when all the members of the community return home to their ancestral longhouse.
Up till 1962, the British colonial government refused to recognise Dayak Day. Gawai Dayak was formally gazetted on 25 September 1964 as a public holiday in place of Sarawak Day. It was first celebrated on 1 June 1965 and became a symbol of unity, aspiration and hope for the Dayak community. Today, it is an integral part of Dayak social life. It is a thanksgiving day marking good harvest and a time to plan for the new farming season or activities ahead."Reference : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Bila bercakap tentang sambutan Gawai Dayak, penulis teringat kuih traditional  yang wajib dihidangkan dalam perayaan gawai iaitu kuih jala.  Semasa lawatan ke sebuah insitusi kebajikan baru-baru ini, sekumpulan wanita bergotong royong dalam menyediakan kuih jala bagi menyambut hari gawai yang akan tiba tidak lama lagi

Bergotong royong untuk menyiapkan kuih jala.  Kerjasama penting kerana bagi memastikan kuih jala ini tidak hangus dan boleh dibentuk semasa masih panas.


Cara membuatnya.


 Tepung beras  dibancuh dengan gula apong.  Inilah hasilnya.

Bancuhan tepung tadi dimasukkan dalam tempurung kelapa dan dibuat seperti ditunjukkan.  Tempurung kelapa ditebuk lubang terlebih dulu. Lebih halus lubang lebih cantik hasil kuih tersebut

Pusing beberapa kali mengikut ketebalan yang kita suka

Bila cukup masak lipat kuih tersebut mengikut bentuk yang kita suka. Pastikan dibentuk ketika masih panas

Kuih yang sudah siap dibuat dan boleh dimakan....sedap  .... yang penulis suka kuih jala ni tidak manis walaupun mengunakan gula apong.  Sukatan penting
Masa akan datang penulis akan berkongsi sambutan perayaan hari gawai dayak dengan lebih detail...

Dengan ini, penulis ucapkan gayu-guru, gerai-nyamai dalam iban dan ia bermaksud sepanjang hayat, kesihatan dan kemakmuran

Kepada masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan yang bermaksud Selamat Hari Pesta Menuai!.

p/s:  kalau anda ada pengalaman dengan pesta Gawai Dayak atau pernah makan kuih jala boleh shara di sini..
 
 






















Tidal Bore Sarawak

ASSALAMUALAIKUM.



Yang berwarna tu adalah Bahagian Sri Aman


Jumpa lagi. Kali ini penulis hendak berkongsi dengan kau orang tentang keunikan yang terdapat di Bandar Sri Aman, Sarawak.  Bandar Sri Aman ini merupakan satu daripada 11 bahagia  yn di Sarawak. Nama lama dikenali sebagai Semanggang atau Bahagian kedua. Dulu Sarawak terdapat 7 bahagian, iaitu Bahagian Kuching(termasuk Samarahan) juga disebut sebagai Bahagaian Pertama, Bahagian Semanggang(kini Sri Aman dan termasuk Betong) yang juga dipanggil Bahagian kedua, Bahagian  Sibu yang dipanggil Bahagian ketiga( termasuk Serikei dan Mukah), Bahagian Miri juga dikenali sebagai Bahagian keempat, Bahagian Limbang juga disebut sebagai Bahagian kelima, Bahagian Bintulu sebagai Bahagian Keenam dan Bahagian Kapit dikenali sebagai Bahagian ketujuh.

 Dengan pembangunan yang pesat dan pertambahan penduduk beberapa bahagian telah dipecahkan  dan diwujudkan bahagian baru sehingga menjadi 11 bahagian dan ditiadakan gelaran Bahagian pertama,kedua sehingga ketujuh. Yang ada seperti sekarang. 11 bahagian iaitu Bahagian Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang,Bintulu,Kapit, Serikei, Samarahan, Mukah dan Betong.

Bagaimana pula nama Semanggang menjadi Sr Aman? Penulis percaya ada antara kau orang tahu sejarahnya.  Nama Sri Aman diambil setelah perjanjian gencatan  senjata antara pemerintah masa itu dengan komunis, kerana keadaan telah menjadi aman. Perjanjian tersebut diadakan salah satu tempat di Bahagian Semanggang. Oleh itu Semanggang diubah menjadi Bahagian Sri Aman.


Pintu Gerbang
 
Benak yang menyusur di Sungai Batang Lupar akan menyebabkan air pasang dengan sekelip mata

Aksi peserta dalam perlumbaan menyusur benak semasa pesta benak



So, tadi penulis  nak berkongsi dengan kau orang tentang keunikan di Sri Aman.  Kenuikan yang penulis maksudkan ialah Tidal Bore. Masyarakat  tempatan sebut Benak.  Benak merupakan satu fenomena yang unik yang berlaku di Malaysia iaitu hanya di Batang Lupar, Bahagian Sri Aman.  Walaupun ada berlaku di beberapa bahagian di Sarawak tetapi ianya lebih tinggi dan dikenali di Sri Aman.  Benak atau Tidal Bore di Sri Aman antara yang keenam di Asia.  Wow hebatkan.

Disebabkan keunikan tersebut dan ianya boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong ke Bahagian Sri Aman, so, sudah sewajarnya ianya diberi perhatian.  Untuk itulah, diadakan pesta benak dan telah dimasukkan dalam kelendar pelancungan di Negeri Sarawak sebagai aktiviti tahunan. Lebih hebat lagi sejak tahun 2011, terdapat peluncur antarabangsa yang turut mengambil bahagian untuk meluncur benak di Sri Aman.


Aksi peluncur antarabangsa meluncur benak di Sungai Batang  Lupar
  Dalam ucapan perasmian Pesta Benak pada tahun ini, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jabu mengatakan di masa akan datang, Pesta Benak akan diadakan semasa cuti sekolah. Menurut beliau ini membolehkan rakan taulan kita di Semenanjung berkunjung ke Sri Aman.....Datanglah ya ke Bahagian Sri Aman untuk melihat bagaimana ianya berlaku.   Oh ya.   bagaimana benak berlaku? Macam macam versi yang didengar antaranya ialah....
 
Ia merupakan satu fenomena ombak sungai di mana air pasang dari laut pecah apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai Batang Lupar
Read more: http://ismadiyusuf.blogspot.com/2011/12/menanti-untuk-melihat-benak.html#ixzz1vEJ9j7Ks 
 
Kalau kau orang ada pandangan dan pengalaman dengan benak  bolehlah share di sini.
 
p/s  gambar dalam entri ini semuanya pinjam dari blog rakan yang  yang lain...TQ   Bye...bye.

Tuesday 15 May 2012

Harapkan pagar, pagar makan padi


Bayi yang didera ibu kandung

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua wanita yang bergelar ibu, emak, ummi, mama, mami, indai. aunty, tidak kira sama ada anda berkahwin atau tidak, sama ada anda mempunyai anak sendiri, anak angkat, anak tiri atau anak saudara.  Anda tetap bergelar ibu kepada mereka ini, maka anda layak menerima ucapan selamat hari ibu.

Ibu, emak, ummi, mama, mami, indai apa pun gelaran kita untuk mereka ini, mereka terlalu dekat dengan diri kita semua tidak kira siapa pun kita.  Tanpa ibu, emak, ummi, mama, mami, indai siapalah kita hendak mendabik dada di muka bumi ini.  Tanpa mereka kita tidak wujud seperti hari ini.  Oleh itu kita perlu menghargai pengorbanan mereka kepada kita.

Sebagai seorang dewasa, matang dan waras akal fikiran, sudah tentu kita amat menghargai ibu kita yang telah mengandung 9 bulan  9 hari dan menjaga sehingga kita berjaya pada hari ini. Walaupun demikian tidak dinafikan ada anak-anak tidak mempedulikan ibubapa mereka.  Walaupun tiada statistik yang boleh dijadikan kayu pengukur dalam kes anak membuang ibubapa, namun penulis percaya jumlahnya  tidaklah terlalu tinggi.  Bagi penulis penempatan warga tua di rumah kebajikan tidak dapat dijadikan bukti yang anak tidak mepedulikan ibubapa mereka sebab ada ibubapa yang masih menerima kunjungan anak-anak.  Pada hari perayaan masih ada yang menyambut bersama anak masing-masing. Masalah mereka mungkin disebabkan mereka bekerjaya dan tidak mempunyai masa dan tiada ahli  keluarga lain yang boleh menjaga ibubapa, so mereka menghantar ibubapa ke rumah kebajikan.

Dalam kita cuba menghayati pengorbanan ibu, kasih-sayang yang melimpah ruah ibu kepada kita sejak kita dalam kandungan sehingga kini, kita tiba-tiba dikejutkan dengan berita kekejaman seorang ibu muda yang telah menumbuk, menampar serta menendang bayinya  yang baru saja berusia 10 bulan.   Aduh... betapa kejamnya ibu tersebut.  Bayi yang berusia 10 bulan, apa yang difahami tentang kehidupan yang penuh dengan  cabaran.  Tidak berupaya untuk mempertahankan diri. Cuma tahu menangis, itupun kena marah, kena tengking. Apatah lagi ianya dilakukan dihadapan kanak-kanak yang lain. Mungkin kanak-kanak yang melihat adegan tersebut membuat kesimpulan  inilah perbuatan yang baik yang boleh dicontohi. Dimana perasaan kasih-sayang dari naluri keibuan seorang wanita.  Menjadi persoalan nya siapakah yang mengambil rakamam video tersebut dan perlukah beliau menyebar dalam laman sosial. Sedangkan kes tersebut telahpun diselesaikan.  Alhamdulillah ibu yang terbabit telah  dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.  Kita harap bayi tersebut dapat menjalani kehidupan dengan tenang.  Ini dikatakan harap pagar, pagar makan padi.