Assalamualiakum
Setelah berapa hari berada di hosptial doktor mengesahkan yang abah menghadapi kegagalan kedua-dua buah pinggang.. Selain dari itu Abah juga disahkan mengalami masalah paru-paru berair. Subhanallah. Nampaknya semakin lama abah berada di hospital semakin bertambah penyakit. Kata ahli keluarga, sememangnya bila berada di hospital macam-macam panyakit dikesan oleh doktor.
Setakat ini sudah 5 penyakit abah dikenalpasti oleh doktor dalam usia 80 tahun, iaitu darah tinggi, asma, kencing manis, buah pinggang dan paru-paru berair. Ada satu ketika keadaan abah membimbangkan sehingga abah diletak di tempat yang berdekatan dengan jururawat. Bagaimanapun keesokan harinya keadaan abah bertambah baik dan kemudian abah dipindahkan ke tempat lain. Perpindahan katil bereti keadaan abah bertamabh baik dan cuma perhatian minima dari jururawat. Selera makan tidak pernah surut. Selepas itu abah terus menunjukkan kemajuan, Bak kata beberapa orang ahli keluarga melawat memberitahu yang wajah abah ceria dan tidak menunjukkan seperti orang sakit. Alhamdulillah sejuk hati mendengarnya.
Doktor memberitahu abah perlu menjalani rawatan dialysis. Penulis dinasihat untuk merujuk abah ke Hospital Pakar Normah, Kuching. Setelah berbincang dan pemeriksaan oleh doktor berkenaan, didapati abah tidak berapa sihat untuk menjalani pembedahan AVF bagi sebelum rawatan dialysis dilakukan. Dan abah sendiri tidak mahu menjalani pembedahan tersebut.
Pada penghujung Disember 2011, abah dibenarkan keluar dari hospital. Sepanjang berada di rumah emaklah yang banyak mengurus abah. Ini kerana penulis sendiri berada di luar Kuching untuk mencari rezeki. Kami tidak tinggal bersama sejak April 2011. Abah dan emak tinggal dengan kakak, tetapi kakak juga bekerja, apatah lagi kini suaminya juga menghidapi sakit leukemia yang turut mendapat rawatan dari hospital secara berkala. Jadi emaklah yang sepenuhnya mengurus abah yang sudah tidak boleh mengurus diri sendiri. Kasihan emak. Tapi apakan daya. Permohonan penulis untuk bertukar belum diluluskan. Cuma penulis menyewa Van untuk membawa abah setiap kali abah ada temu janji dengan doktor. Selain dari itu penulis akan memohon bercuti untuk membawa abah mendapat rawatan dari doktor pakar. Ini sekurang-kurang tidak menyusahkan orang lain.
Pada bulan 17 Jun 2012, abah sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana diserang asma. Jam 3 pagi hari Ahad abah dikejarkan ke hospital. Nasib baik penulis masih di rumah. Dan akhirnya abah ditahan di hospital selama 4 hari. Doktor memberitahu yang abah perlukan menjalani pembedahan kecil di perut bagi membolehkan rawatan mencuci buah pinggang kerana buah pinggang sudah tahap kronik. Jika tidak nyawa abah dalam bahaya. Setelah berbincang adik beradik demi memikirkan risiko berbedah dalam usia yang lanjut turut yang membahayakan nyawa abah akhir kata muktamat diambil, kami adik beradik tidak bersetuju abah menjalani pembedahan yang turut mendapatkan risiko.
Seorang pesakit yang berdekatan katil abah yang baru berusia 60an telah menjalani pembedahan yang sama. Melihat keadaan beliau, penulis merasakan keputusan kami ambil tepat. Pesakit berkenaan merasa kesal kerana menjalani pembedahan tersebut. Ini kerana rawatan tersebut telah menyebabkan kakinya bengkak dan akhirnya doktor turut mencadangkan agar kakinya dipotong jika mahu nyawanya selamat.
Semasa di hospital, abah diberi latihan terapi, bergerak dari katil ke kerusi roda. Doktor tidak banyak beri komen dengan keadaan abah. Ada ketika abah tidur memanjang. Sukar dikejutkan. Walaupun diangkat dari kerusi roda ke katil. Mata abah tetap tutup. Selepas 4 hari berada di hospital, abah akhirnya dibenarkan balik.
Setelah berada di rumah terdapat perubahan pada diri abah. Abah hanya diam saja, merenung ke arah satu tempat. Kalau sebelum ini abah sering memanggil nama penulis dan emak, tapi kini tidak lagi. Makan pun kurang. Adakah ini tandanya???? mata layu... Abah....Tidak ditanya tidak ada respon...Melihat keadaan abah seperti ini membuat emak binggung lebih-lebih lagi memikirkan yang penulis akan balik ke tempat kerja....akhirnya pada 5 Julai 2012, Allah telah menentukan masa untuk abah kembali kepadaNYA telah tiba.
Pd subuh Khamis 5 Julai 2012 bersamaa 15 Syaaban 1433 (Nisfu Syaaban)emak perasan akan perubahan abah terus memanggil penulis. Penulis terus mengumpul semua ahli keluarga terutama adik beradik. Kami berkumpul dan membaca surah Yassin secara bergilir-gilir.
Begitulah ketentuan dan janji Allah kita yang hidup..pasti akan mati..pasti..itu janji ALLAH..
Allah Subhanahu Wa Ta'aala berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu
dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya).
Dan hanya kepada Kami-lah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)
“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati-pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”
(QS. An-Nisa : 78)
Jam 6.43 petang abah yang kami kasihi telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan emak dan kami adik beradik.
Sebagai manusia biasa, penulis tidak dapat lari perasaan sedih dan menangis ketika diberitahu abah telah tiada.
Daripada riwayat Anas berkata, "Kami masuk bersama Nabi Muhammad SAW menemui Abu Saif Al-Qain, suami wanita yang mneyusui Ibrahim. Rasullah mengambil Ibrahim dan menciumnya. Selepas itu kami masuk dengan Baginda dan ketika Ibrahim menghembuskan nafas terakhir dengan tenang, aku melihat Rasulullah mula mencucurkan air mata.
Tatkala itu juga, Abdul Rahman bin 'Auf bertanya kepada Baginda "Engkau menangis wahai Rsusulullah!". baginda menjawan. " Wahai putera 'Auf, sesungguhnay air mati itu sebagai tanda rahmat(kasih sayang)". Kemudian air mata Rasulullah terus bercucuran. Tambah baginda, "Sesungguhnya mata mencucurkan air mata dan hati pun sedih dan kami hanya mengatakan apa yang diredhai olehTuhan kami. Dami sesungguhnya kami sedih kerana berpisha dengan mu wahai Ibarahim. (Hadis Riwayat al- Bukhari)