Slogan Nyap Sayot kembali menjadi sebutan di bumi kenyalang.
Jeritan Nyap Sayot kembali mengegar satdium Negeri Sarawak setiap pasukan Sarawak beraksi..
Ingat tak Nyap Sayot?
Hmmm ingat tak dengan Awang Mahyan bin Awang Mohammad, beliaulah yg mencetuskan slogan nyap sayo.
Beliau merupakan jurulatih pasukan bola sepak sarawak pada tahun 1980-1990.
Beliau menjadikan pasukan sarawak antara pasukan digeruni pada ketika itu,,
Setelah 23 tahun berlaku, jeritan nyap sayot kembali memenuhi stadium negeri sarawak.
Sekarang pasukan sarawak kembali menyinar dengan kemenangan terbaru untuk masuk ke suku akhir piala malaysia 2013. Tahniah Sarawak teruskan kecemerlangan anda
Saturday, 5 October 2013
Sunday, 26 May 2013
Berjumpa lagi.....
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama penulis tak antar entry... bukan tak ada berita cuma keadaan tidak mengizinkan
Kini penulis cuba aktif kembali... dulu pun tak aktif sangat
Penulis akan cuba baiki kelemahan diri dalam bidang blog ni. Bila penulis tengok blog orang lain,, terasa diri jauh terbelakang. Tu sebabnya kadang-kadang penulis putus asa pun ada, tapi bila fikir balik, penulis cuba perlu lipatgandakan lagi usaha dalam mendalami ilmu dalam blog.
Sebenarnya sebelum ini pun penulis ada cuba untuk mengaplikasikan yang penulis pelajari dalam meningkatkan traffic dan sebagainya tapi nampaknya masih belum boleh diaplikasi kerana kejahilan dalam dunia blog.
Allahukbar.....

Monday, 3 September 2012
Santai-santai Ramadhan
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang baru saja berlalu.pihak Sukarelawan Jabatan kebajikan Sri Aman telah mengadakan program santai-santai Ramadhan.
Pelbagai aktiviti yang dianjurkan iaitu memasak bubur pedas kemudian diagihkan kepada orang miskin, klien jabatan dan masyarakat kampung yang berhampiran.. Acara selingan iaitu kempen keahlian sukarelawan, kuiz Ramdahan dan juga nama bertuah.
Yang menariknya, Timbalan Residen Pembangunan Sri Aman telah mengisi borang untuk menjadi ahli sukarelawan jabatan. Ini tanda sokongan beliau. Terima kaish.
Harap-haraplah lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang lain boleh kita anjurkan bersama.
Jom kita layan gambar-gambar telah diambil
![]() |
| Antara bahan sayuran yang digunakan dalam resipi ini |
![]() |
| Pendaftarn penerima sumbangan |
![]() |
| Sukarelawan mencuci sayur-sayuran |
![]() |
| Timbalan Residen Sri Aman mengisi borang keahlian sukarelawan |
![]() |
| Penyampaian bubur pedas |
![]() |
| Timbalan Residen sedang menyampaikan amanat |
![]() |
| Pengagiah bubur pedas |
Monday, 6 August 2012
Program sejambak kasih
Assalamualaikum
Seperti tahun-tahun sebelum ini Jabatan Kebajikan mengadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya untuk penerima bantuan jabatan.
Cuma tahun ini program dijenama semula dengan nama Sejambak kasih. Jom kita layan gambar-gambar yang telah diambil

| Ciptaan asli kakitangan Jabatan Kebajikan Sri Aman. Tahniah. Boleh tahan. |
![]() |
| Persembahan koir oleh kanak-kanak dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Kpg Hilir. Tahniah kerana mampu memikat penonton. Ada harapan dijemput oleh agensi lain. |
![]() |
| YB Menteri Muda Kebajikan bersedia untuk menyampaikan sumbangan |
![]() | |||
| Sebahagian klien wanita yang hadir. Sedang meneliti aturcara program. Ada nama kitak. Jangan bimbang. kak. |
![]() |
| Sebahagian klien wanita yang hadir. Tekun mendengar amanat dari YB Menteri Muda |
![]() |
| Sebahagian klien lelaki yang hadir. Relax jak duduk menunggu giliran nama dipanggil . Sabar... |
![]() |
| Beg kuning yang berisikan bahan masakan seperti cornflake, tepung dan lain-lain untuk klien wanita |
![]() |
| Beg hijau yang berisikan alat kebun untuk klien lelaki |
![]() |
| OKU yang turut menerima sumbangan. Harap beliau dapat mendapat manafaat sumbangan yang diberikan. |
![]() |
| Tanda penghargaan untuk YB Robert Lawson Chuat ak Vinecent Menteri Muda kebajikan Sarawak |
![]() |
| Bergambar kenaangan bersama YB Menteri Muda Kebajikan dan lain-lain VIP |
Majlil tahlil untuk arwah
Assalamualaikum
Hari ini dah masuk hari 32 abah kembali kerahmatullah. Atas permintaan keluarga majlis tahlil diadakan selama 7 hari berturut-turut dan hari ke 20.
Setelah mendapat pandangan beberapa pihak dan hasil research dalam goggle, didapati Imam Syafie rahimahullah telah mengharamkan majlis tahlil
Petikan dari goggle:
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.
Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:
وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.
Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:
وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.
“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”
Waallahuallam
Sunday, 5 August 2012
Begitulah ketentuan Allah
Assalamualiakum
Setelah berapa hari berada di hosptial doktor mengesahkan yang abah menghadapi kegagalan kedua-dua buah pinggang.. Selain dari itu Abah juga disahkan mengalami masalah paru-paru berair. Subhanallah. Nampaknya semakin lama abah berada di hospital semakin bertambah penyakit. Kata ahli keluarga, sememangnya bila berada di hospital macam-macam panyakit dikesan oleh doktor.
Setakat ini sudah 5 penyakit abah dikenalpasti oleh doktor dalam usia 80 tahun, iaitu darah tinggi, asma, kencing manis, buah pinggang dan paru-paru berair. Ada satu ketika keadaan abah membimbangkan sehingga abah diletak di tempat yang berdekatan dengan jururawat. Bagaimanapun keesokan harinya keadaan abah bertambah baik dan kemudian abah dipindahkan ke tempat lain. Perpindahan katil bereti keadaan abah bertamabh baik dan cuma perhatian minima dari jururawat. Selera makan tidak pernah surut. Selepas itu abah terus menunjukkan kemajuan, Bak kata beberapa orang ahli keluarga melawat memberitahu yang wajah abah ceria dan tidak menunjukkan seperti orang sakit. Alhamdulillah sejuk hati mendengarnya.
Doktor memberitahu abah perlu menjalani rawatan dialysis. Penulis dinasihat untuk merujuk abah ke Hospital Pakar Normah, Kuching. Setelah berbincang dan pemeriksaan oleh doktor berkenaan, didapati abah tidak berapa sihat untuk menjalani pembedahan AVF bagi sebelum rawatan dialysis dilakukan. Dan abah sendiri tidak mahu menjalani pembedahan tersebut.

Pada penghujung Disember 2011, abah dibenarkan keluar dari hospital. Sepanjang berada di rumah emaklah yang banyak mengurus abah. Ini kerana penulis sendiri berada di luar Kuching untuk mencari rezeki. Kami tidak tinggal bersama sejak April 2011. Abah dan emak tinggal dengan kakak, tetapi kakak juga bekerja, apatah lagi kini suaminya juga menghidapi sakit leukemia yang turut mendapat rawatan dari hospital secara berkala. Jadi emaklah yang sepenuhnya mengurus abah yang sudah tidak boleh mengurus diri sendiri. Kasihan emak. Tapi apakan daya. Permohonan penulis untuk bertukar belum diluluskan. Cuma penulis menyewa Van untuk membawa abah setiap kali abah ada temu janji dengan doktor. Selain dari itu penulis akan memohon bercuti untuk membawa abah mendapat rawatan dari doktor pakar. Ini sekurang-kurang tidak menyusahkan orang lain.
Pada bulan 17 Jun 2012, abah sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana diserang asma. Jam 3 pagi hari Ahad abah dikejarkan ke hospital. Nasib baik penulis masih di rumah. Dan akhirnya abah ditahan di hospital selama 4 hari. Doktor memberitahu yang abah perlukan menjalani pembedahan kecil di perut bagi membolehkan rawatan mencuci buah pinggang kerana buah pinggang sudah tahap kronik. Jika tidak nyawa abah dalam bahaya. Setelah berbincang adik beradik demi memikirkan risiko berbedah dalam usia yang lanjut turut yang membahayakan nyawa abah akhir kata muktamat diambil, kami adik beradik tidak bersetuju abah menjalani pembedahan yang turut mendapatkan risiko.
Seorang pesakit yang berdekatan katil abah yang baru berusia 60an telah menjalani pembedahan yang sama. Melihat keadaan beliau, penulis merasakan keputusan kami ambil tepat. Pesakit berkenaan merasa kesal kerana menjalani pembedahan tersebut. Ini kerana rawatan tersebut telah menyebabkan kakinya bengkak dan akhirnya doktor turut mencadangkan agar kakinya dipotong jika mahu nyawanya selamat.
Semasa di hospital, abah diberi latihan terapi, bergerak dari katil ke kerusi roda. Doktor tidak banyak beri komen dengan keadaan abah. Ada ketika abah tidur memanjang. Sukar dikejutkan. Walaupun diangkat dari kerusi roda ke katil. Mata abah tetap tutup. Selepas 4 hari berada di hospital, abah akhirnya dibenarkan balik.
Setelah berada di rumah terdapat perubahan pada diri abah. Abah hanya diam saja, merenung ke arah satu tempat. Kalau sebelum ini abah sering memanggil nama penulis dan emak, tapi kini tidak lagi. Makan pun kurang. Adakah ini tandanya???? mata layu... Abah....Tidak ditanya tidak ada respon...Melihat keadaan abah seperti ini membuat emak binggung lebih-lebih lagi memikirkan yang penulis akan balik ke tempat kerja....akhirnya pada 5 Julai 2012, Allah telah menentukan masa untuk abah kembali kepadaNYA telah tiba.
Pd subuh Khamis 5 Julai 2012 bersamaa 15 Syaaban 1433 (Nisfu Syaaban)emak perasan akan perubahan abah terus memanggil penulis. Penulis terus mengumpul semua ahli keluarga terutama adik beradik. Kami berkumpul dan membaca surah Yassin secara bergilir-gilir.

Begitulah ketentuan dan janji Allah kita yang hidup..pasti akan mati..pasti..itu janji ALLAH..
Allah Subhanahu Wa Ta'aala berfirman:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu di kembalikan”
(QS. Al-Ambiyaa' : 35)
“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati-pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”
(QS. An-Nisa : 78)

Jam 6.43 petang abah yang kami kasihi telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan emak dan kami adik beradik.
Sebagai manusia biasa, penulis tidak dapat lari perasaan sedih dan menangis ketika diberitahu abah telah tiada.
Daripada riwayat Anas berkata, "Kami masuk bersama Nabi Muhammad SAW menemui Abu Saif Al-Qain, suami wanita yang mneyusui Ibrahim. Rasullah mengambil Ibrahim dan menciumnya. Selepas itu kami masuk dengan Baginda dan ketika Ibrahim menghembuskan nafas terakhir dengan tenang, aku melihat Rasulullah mula mencucurkan air mata.
Tatkala itu juga, Abdul Rahman bin 'Auf bertanya kepada Baginda "Engkau menangis wahai Rsusulullah!". baginda menjawan. " Wahai putera 'Auf, sesungguhnay air mati itu sebagai tanda rahmat(kasih sayang)". Kemudian air mata Rasulullah terus bercucuran. Tambah baginda, "Sesungguhnya mata mencucurkan air mata dan hati pun sedih dan kami hanya mengatakan apa yang diredhai olehTuhan kami. Dami sesungguhnya kami sedih kerana berpisha dengan mu wahai Ibarahim. (Hadis Riwayat al- Bukhari)
Monday, 30 July 2012
Ketabahan dalam menghadapi dugaan Allah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Surah al-ankabut ayat 2-3]
Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. diantara Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214) seperti terjemahn di bawah:-
Adakah
patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah
وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَى كُرْسِيِّهِ جَسَداً ثُمَّ أَنَابَ
Apa khabar?
Agak lama penulis menyepi. Sebelum ini penulis sibuk menjaga abah di Hospital. Penulis telah bercuti selama 4 minggu bagi membolehkan penulis menjaga abah di hospital. Tiada orang lain yang boleh menjalankan tugas ini. Setelah beberapa hari di rumah, abah yang kami kasihi telah kembali kerahmatullah pada 5 Julai 2012 bersamaan dengan 15 Syaaban 1433H. Al Fatehah. Semuga rohnya di tempatkan bersama dengan orang yang beriman.
Ketika ditimpa musibah sebegini barulah kita tau orang yang betul-betul boleh dijadikan kawan sejati. Agak sukar untuk ditemui.
Nasihat Imam Syafie dalam
bersahabat
Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum
pernahku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau
suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi
sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang
akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk
tangan.
Pada awalnya penulis sekeluarga hanya mengetahui yang beliau hanya menghidapi penyakit darah tinggi. Inipun kerana ada temujanji berjadual dengan pakar perubaatan Bagaimanapun pada pertengahan 2009, barulah kami sekeluarga tahu yang beliau turut menghidapi asma, setelah kami menjumpai botol ubat asma dalam simpanan beliau. Itupun beliau cuba menafikan. Setelah berulang alik ke hospital, kami diberitahu oleh doktor yang beliau turut menghidapi penyakit kencing manis. Bertambah lagi penyakit beliau. Pada masa itu beliau masih boleh berjalan sendiri dan mengurus diri sendiri. Cuma tidak sekuat dan segagah seperti sebelumnya. Doktor telah merujuk beliau untuk mendapat nasihat dari pakar pemakanan. Berbagai usaha memujuk beliau untuk berjumpa dengan pakar pemakanan, tetapi beliau tetap enggan. Kami tahu yang beliau takut dan bimbang yang beliau akan dihadkan makanan. Banyak makanan yang beliau suka dan minat akan dihentikan kerana tidak sesuai untuk pesakit kencing. Belum berjumpa dengan pakar makanan kami telah memberi nasihat kepada beliau agar mengelak dari mengambil makanan yang tidak sihat untuk pesakit kencing manis. tapi beliau tetap dengan kegemarannya.
Pada hari mengundi bulan April 2010. kami sekeluarga pergi mengundi, Ketika hendak keluar dari kereta, kaki abah tidak boleh bergerak. Bermula dari hari itulah abah tidak berjalan seperti biasa, Kakinya kembang. Bermulalah detik abah menggunakan kerusi roda.
Penghujung November 2011 abah dimasukkan ke hospital kerana asma. Nasib baik dah cuti sekolah dapatlah khidmat anak saudara digunakan itupun perlu berpujuk dan diberi upah. Adik dan 2 orang anak saudara yang bergilir-gilir menjaga abah di hospital. Sebenaranya menjaga abah di hospital tetap jadi isu. Penulis turut menjaga abah di hospital selain dari turun naik mengurus hal-hal lain. nasib baik penulis pada waktu itu berkursus di Kuching, jadi tidak perlu memohon cuti. Adik yang menjaga abah turut tidak sihat, kerana batuk yang berpanjangan. Dengan keadaan kesihatan adik, sepatut beliau tidak boleh menjaga abah di hospital, tetapi kami tiada pilihan lain. Penulis mengupah 2 orang anak saudara untuk menjaga abah secara giliran.
Penghujung Disember 2011, dugaan Allah datang lagi. Kali ini abang ipar penulis pula dimasukkan ke hospital. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua anak saudara tidak dapat menjaga abah di hospital kerana mereka perlu manjaga ayah mereka yang turut berada di hospital, lagi pun salah seorang dari mereka telah mendapat pekerjaan sementara. Setelah berada di hospital abang ipar telah didiagnosis menghidap lekumia. MasyaAllah. 2 orang ahli keluarga berada di hospital.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Surah al-ankabut ayat 2-3]
Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. diantara Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214) seperti terjemahn di bawah:-
وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَى كُرْسِيِّهِ جَسَداً ثُمَّ أَنَابَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi
Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta
kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali
(merayu kepada Kami): -
And verily We tried Solomon , and set upon his throne a ( mere ) body . Then did he repent .
Waallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)