Tuesday, 8 May 2012

JELAJAH RANG UNDANG-UNDANG PEKERJA SOSIAL



  

.
Pembentangan dibuat 2 sesi iaitu pagi untuk NGO dan petang untuk kakitangan awam. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datok Hjh Fatimah Abdullah iaitu Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Negeri Sarawak pada sebelah pagi.
Penulis hanya hadir sesi petang, so tak dpt share isi ucapan YB Datok. Cuma dpt share pembentangan sesi petang. 3 kertas kerja dibentangkan iaitu Penyampaian Perkhidmatan Kebajikan Berkualiti Melalui Amalan Kerja Sosial Yang Kompeten yg disampaikan oleh Pn. Elsie Lee, Naib Presiden Persatuan Pekerja Sosial Malaysia. Kertas kedua bertajuk Pendidikan dan Latihan Kerja Sosial di Malaysia oleh Prof Madya Dr. Ling How Kee, Ahli Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Pendiikan Kerja Sosial dan kertas ketiga yang dibentangkan oleh Penasihat Undang-Undang Jab. Kebajikan Masyarakat Malaysia yang bertajuk Pembentangan Mengenai Draf Rang Undang2 Pekerja SosialDalam kertas pembentangannya Pn. Elsie Lee memberi perbezaan antara kerja sosial dengan kerja sukarela dan kerja kebajikan. Menurutnya kerja sosial ialah satu kerja profesion yang bertujuan untuk membawa perubahan sosial dengan menggunakan teori dan pengetahuan sosial, nilai kemanusiaan serta kemahiran profesional. Manakala kerja sukarela pula ialah tindakan ihklas yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi secara sukarela kerana mengambil berat terhadap kebajikan seseorang individu atau kumpulan. Sementara kerja kebajikan ialah sistem formal, kerajaan atau sukarela yang mengawal kualiti kehidupan untuk kesejahteraan masyarakat. Beliau juga menyatakan terdapat 6 Kompetensi Asas Kerja sosial 1. Tingkah laku beretika, 2. komunikasi interpersonal, 3. Refleksi kognitif dan pemikiran kreatif , 4. penyelesaian masalah , 5. Pengurusan tugas 6. Daya kepimpinan. 4 kompitensi Profesional Kerja Sosial 1. Keupayaan bekerja dengan individu , keluarga ,kumpulan dan komuniti dengan manggunakan kaedah, nilai, pengetahuan dan kemahiran kerja sosial profesional 2. keupayaan bekerja mengikut etika kerja sosial, 3. keupayaan bekerja secara profesional dalam seting organisasi 4. keupayaan untuk membuat refleksi ke atas praktis profesional Prof Madya Dr. Ling How Kee menyatakan pendidikan kerja sosial di Malaysia terdapat di USM, UNIMAS, UMS, UM, UUM dan UKM . Penasihat Undang-Undang Jab. Kebajikan Masyarakat Malaysia menyatakan objektif pengubalan Akta Pekerja Sosial ialah untuk menubuhkan Majlis Pekerja Sosial Malaysia yang merupakan sebuah badan Berkanun , Menetapkan fungsi dan kuasa majlis Pekerja sosial Malaysia dan mendaftar dan melesenkan pekerja sosial. Beliau juga menyatakan terdapat 4 kategori Pekerja Sosial iaitu Associate Social Worker, Social Worker , Clinical Social worker dan spcialist social worker. Apa-apapun ini baru saja draf dan tujuan jelajah adalah untuk mendapatkan maklumbalas sebelum ianya di muktamatkan dan diimplementasikan.

No comments:

Post a Comment