Monday, 30 July 2012

Ketabahan dalam menghadapi dugaan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?

Agak lama penulis menyepi. Sebelum ini penulis sibuk menjaga abah di Hospital.  Penulis telah bercuti selama 4 minggu bagi membolehkan penulis menjaga abah di hospital.  Tiada orang lain yang boleh menjalankan tugas ini. Setelah beberapa hari di rumah, abah yang kami kasihi telah kembali kerahmatullah pada 5 Julai 2012 bersamaan dengan 15 Syaaban 1433H. Al Fatehah.  Semuga rohnya di tempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Ketika ditimpa musibah sebegini barulah kita tau orang yang betul-betul boleh dijadikan kawan sejati.  Agak sukar untuk ditemui.

Nasihat Imam Syafie dalam bersahabat

Mencari Sahabat Di Waktu Susah
 
Belum pernahku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pada awalnya penulis sekeluarga hanya mengetahui yang beliau hanya menghidapi penyakit darah tinggi.  Inipun kerana ada temujanji berjadual dengan pakar perubaatan  Bagaimanapun pada  pertengahan 2009, barulah kami sekeluarga tahu yang beliau turut menghidapi asma, setelah kami menjumpai botol ubat asma dalam simpanan beliau.  Itupun beliau cuba menafikan.  Setelah berulang alik ke hospital, kami diberitahu oleh doktor yang beliau turut menghidapi penyakit kencing manis.  Bertambah lagi penyakit beliau.  Pada masa itu beliau masih boleh berjalan sendiri dan mengurus diri sendiri.  Cuma tidak sekuat dan segagah seperti sebelumnya.  Doktor telah merujuk beliau untuk mendapat nasihat dari pakar pemakanan.   Berbagai usaha memujuk beliau untuk berjumpa dengan pakar pemakanan, tetapi beliau tetap enggan.  Kami tahu yang beliau takut dan bimbang yang beliau akan dihadkan makanan.  Banyak makanan yang beliau suka dan minat akan dihentikan kerana tidak sesuai untuk pesakit kencing.  Belum berjumpa dengan pakar makanan kami telah memberi nasihat kepada beliau agar mengelak dari mengambil makanan yang tidak sihat untuk pesakit kencing manis. tapi beliau tetap dengan kegemarannya.

Pada hari mengundi bulan April 2010. kami sekeluarga pergi mengundi, Ketika hendak keluar dari kereta, kaki abah tidak boleh bergerak. Bermula dari hari itulah abah tidak berjalan seperti biasa, Kakinya kembang. Bermulalah detik abah menggunakan kerusi roda.   

Penghujung November 2011 abah dimasukkan ke hospital kerana asma.  Nasib baik dah cuti sekolah dapatlah khidmat anak saudara digunakan itupun perlu berpujuk dan diberi upah. Adik dan 2 orang anak saudara yang bergilir-gilir menjaga abah di hospital.  Sebenaranya menjaga abah di hospital tetap jadi isu. Penulis turut menjaga abah di hospital selain dari turun naik mengurus hal-hal lain.  nasib baik penulis pada waktu itu berkursus di Kuching, jadi tidak perlu memohon cuti.  Adik yang menjaga abah turut tidak sihat, kerana batuk yang berpanjangan.   Dengan keadaan kesihatan adik, sepatut beliau tidak boleh menjaga abah di hospital, tetapi kami tiada pilihan lain.  Penulis mengupah 2 orang anak saudara untuk menjaga abah secara giliran.

Penghujung Disember 2011,  dugaan Allah datang lagi.  Kali ini abang ipar penulis pula dimasukkan ke hospital.  Keadaan ini menyebabkan kedua-dua anak saudara tidak dapat menjaga abah di hospital kerana mereka perlu manjaga ayah mereka yang turut berada  di hospital, lagi pun salah seorang dari mereka telah mendapat pekerjaan sementara. Setelah berada di hospital abang ipar telah didiagnosis menghidap lekumia. MasyaAllah.  2 orang ahli keluarga berada di hospital.  

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Surah al-ankabut ayat 2-3]

Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. diantara Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214) seperti terjemahn di bawah:-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah


وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَانَ وَأَلْقَيْنَا عَلَى كُرْسِيِّهِ جَسَداً ثُمَّ أَنَابَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): -
And verily We tried Solomon , and set upon his throne a ( mere ) body . Then did he repent .
Waallahualam



No comments:

Post a Comment