Penerima sedang mendaftar diri sebelum majlis bermula |
Sebelum ini kita sering dengar di sana sini orang cakap tentang BRIM iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Sekarang ni dah sampai ke penghujungnya. Kurang diperkatakan lagi. Tarikh tamat menunaikan boucar dah dekat, kalau tak silap iaitu 15 Mei 2012. Perbetulkan jika silap. Nampaknya penerima bantuan kebajikan dari Jabatan kebajikan Masyarakat turut menerima habuan tersebut. Baru-baru ini 2 majlis penyampaian Boucar BRIM kepada penerima Bantuan Kebajikan telah di adakan di Bahagian Sri Aman, Sarawak . Pada 11 Mei 2012 telah diadakan di Pejabat Daerah Kecil Lingga yang majlis disempurnakan oleh YB Datok Hjh Rohani Hj Abd Karim, Timbalan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepengunaan Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen P 202. Manakala pada 12 Mei 2012, majlis ini diadakan di Dewan Masyarakat Lubok Antu yang telah disempurnakan oleh YB William@Nyalau ak Badak, Ahli Parlimen Lubok Antu P 203. Penerima telah menyatakan ucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Datok Sri Najib Razak. Pemberian BRIM kepada penerima bantuan kebajikan menunjukkan krpihatinan Kerajaan Malaysia yang tidak melupai mereka ini yang sememangnya tergolong dalam kumpulan rakyat yang perlukan bantuan.
No comments:
Post a Comment